Friday, October 17, 2008

HARI PERMUAFAKATAN KELAS RANCANGAN KHAS 2008

HARI PERMUAFAKATAN KELAS RANCANGAN KHAS 2008

Hari Permuafakatan diadakan setiap kali selepas peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun SMK Bandar Baru UDA (SMKBBU). Program ini bertujuan bagi guru & ibu bapa untuk berbincang mengenai prestasi para pelajar.

Untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2008, Hari Permuafakatannya diadakan pada 20 Jun 2008 (Jumaat) bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari bertempat di 1KRK SMKBBU. Selain daripada perbincangan mengenai perihal akademik para pelajar, Hari Permuafakatan ini turut mengutarakan isu-isu disiplin pelajar, perkhidmatan kaunseling kepada yang memerlukan dan membuka ruang untuk ibu bapa beramah-mesra dengan kakitangan akademik SMKBBU.

Secara keseluruhannya, Hari Permuafakatan kali ini dianggap berjaya dari segi kehadiran para ibu bapa yang memberangsangkan. Ini menjadi indikator bahawa pendidikan anak-anak masih menjadi agenda utama dan hubungan erat terjalin antara ibu bapa dan kakitangan akademik SMKBBU. Semoga tradisi ini berkekalan dan membuahkan keputusan yang cemerlang ketika peperiksaan PMR dan SPM yang akan datang.

Aktiviti lain yang turut disertai oleh pelajar 1 KRK adalah
1. Kelas tambahan “Bintang-Bintang KRK” yang diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis.
2. Pertandingan “Portable Cooking With Nature” bersempena Bulan Akademik.
3. Program Bulan Kecergasan peringkat kebangsaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
4. Demostrasi Ninjitsu bersempena Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
5. Menyertai Pertandingan Kelas Paling Patriotik peringkat sekolah.
6. Program menceriakan sekolah sempena Minggu Alam Sekitar peringkat sekolah.



ENROLMEN PELAJAR 1 KRK

ENROLMEN PELAJAR 1 KRK

TINGKATAN 1 KRK
BIL. KELAS = 1

MELAYU (LELAKI = 11, PEREMPUAN =22) JUMLAH =33
CINA (LELAKI = 0, PEREMPUAN = 0) JUMLAH = 0
INDIA (LELAKI = 1, PEREMPUAN = 1) JUMLAH = 2
JUMLAH (LELAKI = 12, PEREMPUAN = 23)
JUMLAH BESAR = 35

Thursday, October 16, 2008

SENARAI NAMA GURU-GURU MATA PELAJARAN

SENARAI NAMA GURU-GURU

1. CIK NORAMINAH BT MOHAMED GHAZI
GEOGRAFI

2. PN RUZITA BT KIMIN
B MELAYU

3. PN SITI HAFSAH BT MAHMOOD
B INGGERIS

4. CIK FARIDAH BT MD AKHIR
SEJARAH

5. CIK NORSYAMSULBAHIYAH BT MOHD TAIB
SCIENCE

6. PN ROSTENA BT ISMAIL
MATHEMATICS

7. PN NORITAHARTINI BT PUTEH
K HIDUP (PK)

8. EN ABD MANAP BIN SARIMAN
K HIDUP (KT)

9. EN MUHAMAD HAFIZ BIN JOHARI
P ISLAM

VISI DAN MISI KRK

KRK SMKBBU BERWATAK & GEMILANG PADA 2012

KRK BERHASRAT MENYEDIAKAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG TINGGI DEMI MELAHIRKAN MURID YANG BERKETRAMPILAN & CEMERLANG


MISI KRK

Berusaha untuk membentuk murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen & kualiti agar boleh bersaing dalam dunia global dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berterusan.
Kami warga KRK SMKBBU memastikan :
kurikulum dan kokurikulum gemilang
bersahsiah tinggi dan berketrampilan
suasana sekolah yang kondusif
pengurusan dan pentadbiran yang gemilang
hubungan komuniti harmoni.